Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK





SEMOGA RAMADAN TAHUN INI MEMBERI SERIBU SATU MAKNA BUAT KITA SEMUA..

Thursday, August 20, 2009

Ada soalan lagi untuk latih tubi di rumah. Banyakkan latih tubi unuk memahirkan diri.

SULIT
79/1
Kemahiran
Hidup
22 Julai
2008
1 ½ jam
MAKTAB RENDAH SAINS MARA Gerik
PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN
PMR 2008
TINGKATAN 3
=============================================================================

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

PILIHAN 4
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
Satu Jam Tiga Puluh Minit

=============================================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padam sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru.

5. Calon peperiksaan dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

_____________________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 22 halaman bercetak

[ Lihat Sebelah ]
SULIT

1. Antara yang berikut pasangan yang manakah betul tentang penggunaan alat pemadam api?


Kelas
Bahan yang terbakar
A.
A
Lekar
B.
B
Peralatan Elektrik
C.
BC
Plastik
D.
ABC
Semua jenis bahan

2. Apakah langkah pertama proses mereka cipta?

A. Membuat lakaran
B. Menganalisis maklumat
C. Mengenal pasti masalah
D. Memilih idea yang sesuai

3. Pernyataan dibawah merupakan perkara yang perlu dilakukan dalam proses mereka cipta.
Semua idea mesti diterima dan dicatatkan



Di peringkat manakah proses itu dilakukan?

A. Perekaan projek
B. Penilaian konsep reka bentuk
C. Pengenalpastian masalah
D. Pemilihan idea

4. Mengapakah jadual kerja perlu disediakan semasa proses perancangan pembinaan projek?

A. Memastikan projek dibina mengikut masa ditetapkan
B. Memastikan projek dibina dengan mudah
C. Memastikan projek dibina dengan selamat
D. Memastikan projek dibina mengikut kriteria yang ditetapkan


5. Antara yang berikut pada peringkat yang manakah kerja pengubahsuaian projek boleh dilakukan?

A. Pemilihan alatan
B. Penyediaan bahan
C. Pengujian dan penilaian
D. Pembinaan dan pencantuman

6. Rajah 1 menunjukkan sejenis alat tangan



Rajah 1

Antara yang berikut pengikat yang manakah digunakan dengan alat itu?

A


C
B


D








7. Rajah 2 menunjukkan sekeping papan lapis yang dipotong

Apakah alat tangan yang digunakan untuk membentuk bahagian X ?

A. Gergaji besi
B. Gergaji puting
C. Gergaji tangan
D. Gergaji lengkung halus

8. Antara yang berikut yang manakah digunakan dalam kerja kemasan?

A. Mesin gerudi mudah alih
B. Cordless screw driver
C. Gergaji jig
D. Sander

9. Rajah 3 menunjukkan kertas las dan bongkah kayu yang digunakan dalam aktviti melelas.


Rajah 3

Apakah tujuan bongkah kayu digunakan dalam aktiviti itu?

A. Memelihara ira kayu
B. Menimbulkan urat kayu
C. Membersihkan permukaan kayu
D. Mendapatkan tekanan yang sama
10. Rajah 4 menunjukkan sejenis alat tangan.


Rajah 4

Namakan alat itu.

A. Sesiku T
B. Tolok serong
C. Tolok penanda
D. Sesiku L

11. Rajah 5 menunjukkan satu alat tangan X yang digunakan semasa membina dan mencantumkan bahan projek.
Rajah 5

Apakah tujuan X digunakan?

A. Menguji kepersegian
B. Menguji kerataan
C. Mengukur lebar
D. Mengukur ketinggian





12. Berdasarkan Rajah 6 apakah bahan pemasangan berlabel X?


A. Rivet
B. Engsel
C. Pendakap
D. Penyangkut

13. Antara yang berikut padanan yang manakah betul?



Kelas
Bahan yang terbakar
A.
Cat Licau
Turpentin
B.
Tona Kayu
Spirit Metil
C.
Syelek
Turpentin
D.
Lekar
Spirit Metil

14. Apakah alat yang digunakan untuk membuat garisan pelbagai sudut dengan tepi kayu?

A.
B.
C.
D.
15. Apakah bahan yang digunakan punca positif dalam sel kering?

A. Bekas zink
B. Batang karbon
C. Mangan dioksida
D. Ammonium klorida

16. Antara yang berikut alatan yang manakah menggunakan motor arus terus?

A.
B.
C.
D.



17. Antara yang berikut yang manakah berfungsi menyimpan dan membuang cas?



A.
B.
C.










D.
18. Rajah 7 menunjukkan lukisan skematik satu projek elektronik.

Rajah 7

Bilangan komponen dalam rajah itu ialah


LED
Transistor
Kapasitor
Perintang
A.
2
2
2
4
B.
2
2
4
2
C.
2
4
2
2
D.
4
2
2
2


19. Rajah 8 menunjukkan alat pemateri elektrik.

Rajah 8

Antara yang berikut yang manakah dikenali sebagai bit?

A. P
B. Q
C. R
D. S
20. Antara yang berikut alat tangan yang manakah paling sesuai digunakan untuk membentuk kaki komponen elektronik?

A. Playar gabung
B. Pemotong sisi
C. Penjalur wayar
D. Playar muncung tirus

21. Rajah 9 menunjukkan lukisan skematik satu projek elektronik.
Rajah 9

Apakah yang menyebabkan LED tidak menyala walaupun suis ditekan?

A. Suis tidak sesuai
B. Bateri 9V digunakan
C. LED dipasang terbalik
D. Nilai rintangan terlalu rendah

22. Rajah 10 menunjukkan tangki simpanan air.
Rajah 10

Namakan X.

A. Paip cuci
B. Paip limpah
C. Paip agihan
D. Paip perkhidmatan
23. Rajah 11 menunjukkan penyambung paip poli.

Rajah 11

Alat tangan yang manakah digunakan untuk mengelat dan melonggar bahagian berlabel X?

A.
B.
C.
D.




24. Rajah 12 menunjukkan satu bongkah.



Rajah 12
Pelan bagi bongkah itu ialah

A.
B.
C.
D.
25. Rajah 13 menunjukkan sebuah mesin jahit.

Rajah 13

Antara yang berikut yang manakah tuas pemegang benang?

A. P
B. Q
C. R
D. S




Rajah 14

26. Apakah jenis jahitan yang ditunjukkan pada Rajah 14?

A. Jahitan sembat susup
B. Jahitan suji bilang
C. Jahitan insang pari
D. Jahitan silang pangkah

27. Antara yang berikut yang manakah hidangan sepinggan lengkap cara timur?

A. Piza
B. Karipap
C. Nasi lemak
D. Burger

28. Antara yang berikut yang manakah adab semasa makan?

A. Kunyah makanan dengan cepat
B. Tiup makanan yang masih panas
C. Ambil makanan yang dekat dahulu
D. Letakkan sisa makanan di luar pinggan

29. Antara yang berikut yang manakah menghasilkan pencahayaan tidak langsung?
A.
B.
C.
D.
30. Antara yang beriKut padanan yang manakah betul tentang kaedah penyediaan keratan batang?


Jenis keratan
Kaedha penyediaan
A.
Kayu lembut
Semua daun dibuang
B.
Kayu sederhana keras
Daun atas dibuang
C.
Kayu lembut
Daun bawah dibuang
D.
Kayu keras
Semua daun dibuang

31. Antara yang berikut yang manakah keperluan asas?

A. Perahu
B. Telefon bimbit
C. Nasi goreng
D. Kereta

32. Pernyataan di bawah merujuk kepada perniagaan antarabangsa.

Malaysia membekal minyak sawit ke negara China


Apakah jenis perniagaan antarabangsa itu?

A. Import nyata
B. Eksport nyata
C. Import tak nyata
D. Eksport tak nyata

33. Antara yang berikut yang manakah benar tentang ciri perniagaan runcit kecil-kecilan dengan perniagaan runcit besar-besaran?



Perniagaan runcit
kecil-kecilan
Perniagaan runcit
besar-besaran
A.
Pemilikan
Syarikat
Milikan tunggal
B.
Saluran agihan
Terus daripada pengeluar
Melalui pemborong
C.
Penubuhan
Mudah ditubuhkan
Sukar ditubuhkan
D.
Kuantiti jualan
Banyak
sedikit

34. Antara yang berikut yang manakah ciri kedai sejaras?

A. Jualan secara kredit
B. Cara peragaan yang sama
C. Menjual pelbagai jenis barangan
D. Hubungan mesra antara peniaga dengan pelanggan

35. Pernyataan berikut menunjukkan ciri sebuah perniagaan.

· Modal daripada simpanan peribadi
· Liabiliti tidak terhad


Ciri perniagaan itu merujuk kepada
A. Kedai Kain Renuga
B. Perabot Dianah dan Rakan-rakan
C. Syarikat HBO Sendirian Berhad
D. Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Terendak Berhad

36. Rajah 15 menunjukkan langkah-langkah menubuhkan perniagaan.








Rajah 15



Nyatakan langkah di X.

A. Mengenal pasti bidang perniagaan
B. Memohon lesen perniagaan
C. Mencari lokasi yang sesuai
D. Mendapatkan sumber bekalan

37. Antara yang berikut yang manakah perlu diambil kira semasa merancang penubuhan perniagaan?

I. Cita rasa pengguna
II. Lokasi perniagaan
III. Harga jualan
IV. Jumlah set

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

38. Antara yang berikut yang manakah stok gerak perlahan bagi Kedai Runcit Saeed?

A. Penyapu
B. Beras
C. Roti
D. Ubat gigi

39. Antara yang berikut dokumen perniagaan yang manakah dihantar oleh pembeli kepada penjual?

A. Resit
B. Borang pesanan
C. Nota serahan
D. Invois





40. Maklumat di bawah ialah fungsi sejenis dokumen perniagaan.

Sebagai akaun penerimaan barang


Namakan dokumen itu.

A. Resit
B. Invois
C. Nota debit
D. Nota serahan

Fathiah mengambil upah menoreh getah di Ladang Parvin



41. Berdasarkan maklumat di atas apakah faktor pengeluaran yang melibatkan Fathiah?

A. Tanah
B. Pekerja
C. Pengusaha
D. Modal

42. Apakah maksud pengkhususan?

A. Aktiviti memberi khidmat kepada pengguna
B. Pelaksanaan kerja mengikut kemahiran tertentu
C. Proses penukaran bahan mentah kepada barang siap
D. Keadaan yang menyebabkan proses pengeluaran terpaksa dihentikan seketika










43. Agensi kerajaan yang manakah membantu usahawan dalam menjalankan kajian dan penyelidikan?
A.
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan


B.
Perbadanan Pembangunan Bandar



C.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia



D.
Majlis Amanah Rakyat





· Promosi
· Pergudangan
· pengangkutan




44. Maklumat di atas merujuk kepada

A. Aktiviti pemasaran
B. Fungsi pemasaran
C. Strategi pemasaran
D. Campuran pemasaran
45. Maklumat berikut menunjukkan produk yang dihasilkan oleh dua pengeluar.
Pengeluar A : Sabun yang menghaluskan kulit wajah
Pengeluar B : Sabun yang menghaluskan serta memutihkan kulit wajah



Siapakah Pengeluar B kepada Pengeluar A?
A. Ejen
B. Pesaing
C. Pembekal
D. Rakan kongsi

46. Rajah 16 menunjukkan perbualan antara pembeli dengan penjual.

Rajah 16

Apakah bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga itu?

A. Memberi maklumat yang mengelirukan
B. Mengehadkan kuantiti jualan
C. Kegiatan menyorok barang
D. Harga barang tidak stabil

47. Antara yang berikut yang manakah betul tentang pengelasan akaun dan keterangannya?


Pengelasan Akaun
Keterangan
A.
Aset
Pendapatan yang diterima
B.
Liabiliti
Hutang perniagaan kepada pihak lain
C.
Hasil
Harta bernilai yang dimiliki oleh perniagaan
D.
Belanja
Harta peribadi yang dilaburkan

48. Antara yang berikut yang manakah merupakan urus niaga ambilan?

A. Mengambil barang untuk kegunaan sendiri
B. Mengeluarkan barang untuk kegunaan perniagaan
C. Mengambil tunai untuk membayar sewa kedai
D. Mengeluarkan cek untuk bayar bil elektrik kedai

49. Maklumat di bawah menunjukkan satu urus niaga.

Bayar sewa kedai RM350 menggunakan cek


Antara yang berikut catatan bergu yang manakah betul?

A.
Akaun Sewa
Tunai 350
Akaun Sewa
Bank 350
Akaun Sewa
Bank 350
Akaun Sewa
Tunai 350
Akaun Tunai
Sewa 350
Akaun Bank
Sewa 350
Akaun Bank
Sewa 350
Akaun Tunai
Sewa 350




B.




C.




D.









Menjual mesin taip lama secara tunai RM70

50. Berdasarkan urus niaga di atas, prinsip catatan bergu yang manakah betul?


Debit
Kredit
A.
Akaun Tunai
Akaun Alatan Pejabat
B.
Akaun Alatan Pejabat
Akaun Tunai
C.
Akaun Tunai
Akaun Jualan
D.
Akaun Jualan
Akaun Tunai


51. Antara yang berikut yang manakah merupakan petikan Imbangan Duga yang betul?

A.
Imbangan Duga pada 30 Jun 2008
Tunai Modal
Bank Gaji
Imbangan Duga pada 30 Jun 2008
Modal Tunai
Gaji Bank
Imbangan Duga pada 30 Jun 2008
Jualan Insurans
Overdraf bank Kenderaan


B.



C.



Imbangan Duga pada 30 Jun 2008
Insurans Jualan
Kenderaan Overdraf bank
D.



Senarai baki debit dan baki kredit yang diambil daripada lejar


52. Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Kunci Kira-kira
B. Akaun Perdagangan
C. Akaun Untung Rugi
D. Imbangan Duga
53. Butiran berikut menunjukkan pengelasan akaun.

I
Aset
II
Belanja
III
Hasil
IV
Lialibiliti

Butiran yang manakah didebitkan dalam Imbangan Duga?

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

54. Berikut ialah petikan Akaun Untung Rugi Perniagaan Fatin.

Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2007
Gaji
X



Apakah butiran yang sesuai bagi X?

A. Kadar bayaran
B. Untung kasar
C. Sewa diterima
D. Angkutan masuk

55. Maklumat barikut diperolehi daripada Kedai Illiyin pada 31 Disember 2007.


Stok Awal
Belian
Jualan
Stok Akhir
RM
8 500
5 450
20 000
2 000



Berapakah untung kasar Kedai Illiyin?

A. RM13 950
B. RM11 950
C. RM8 050
D. RM6 050

56. Maklumat berikut diperolehi daripada Perniagaan Sidqi pada 30 Jun 2008.

Butiran
RM
Untung kasar
1 500
Sewa diterima
600
Gaji
900
Komisen dibayar
200
Kadar bayaran
350

Hitung untung bersih.

A. RM250
B. RM550
C. RM650
D. RM950

57. Antara tujuan penyediaan Kunci Kira-kira adalah untuk menunjukkan

A. Untung atau rugi kasar
B. Untung atau rugi bersih
C. Kedudukan kewangan perniagaan
D. Perbelanjaan dan pendapatan perniagaan
58. Antara yang berikut yang manakah aset semasa sesebuah perniagaan?

A. Premis
B. Stok akhir
C. Lengkapan
D. Perabot




59. Maklumat berikut menunjukkan Kunci Kira-kira bagi satu perniagaan.

Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2008
R S
Perabot 2 000 Modal 2 900

T U
Tunai 500 Pemiutang 600
Stok Akhir 1 000
3 500 3 500






Antara yang berikut yang manakah liabiliti?

A. R
B. S
C. T
D. U

60. Maklumat berikut menunjukkan butiran yang terdapat dalam Kunci Kira-kira Perniagaan Zulkhairi.

Butiran
RM
Modal
7 000
Tunai
500
Overdraf bank
1 200
Kenderaan
5 000
Penghutang
400
Pemiutang
200

Hitung nilai aset semasa perniagaan itu.

A. RM700
B. RM900
C. RM1 700
D. RM1 900

KERTAS SOALAN TAMAT

Nak Cuba Jawab Soalan ini? Ujilah minda anda

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut.


1. Antara berikut, yang manakah Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

I Bengkel kerja paip
II Bengkel penulisan
III Bengkel jahitan
IV Bengkel enjin

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

2. Apakah tujuan mewujudkan suatu organisasi dan keselamatan dalam Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

A Bagi mengetahui cara menyediakan pelan kecemasan di dalam bengkel
B Bagi menitikberatkan keselamatan diri, alatan dan bengkel secara am
C Bagi memperoleh kemahiran menggunakan alat pemadam api
D Bagi mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan di dalam bengkel

3. Apakah yang dimaksudkan dengan struktur organisasi bengkel?

A Senarai nama pelajar mengikut tingkatan masing-masing
B Senarai tugas mengikut jenis tugas dan tanggungjawab
C Senarai alatan tangan mengikut lokasi dan kegunaan
D Senarai bahan dan aktiviti di dalam bengkel

4. Antara berikut, yang manakah jenis tugas di dalam bengkel?

I Menyapu lantai bengkel
II Membaiki penghawa dingin
III Menyusun alatan tangan
IV Menyelenggara litar elektrik
A I sahaja
B I dan III
C II dan IV
D II, III dan IV

5. Fungsi jadual kerja ialah

A memupuk sikap tanggungjawab dan bekerjasama
B memastikan semua ahli dapat bertugas mengikut giliran
C membekalkan maklumat kepada semua ahli
D memastikan semua ahli dapat mengamalkan nilai murni

6. Antara berikut, pasangan yang manakah betul?


Amalan
Keterangan tentang amalan
A
Membersih
Penjagaan kebersihan dari segi fizikal dan fikiran
B
Mendisiplin
Penilaian sendiri tentang diri dan tempat kerja
C
Menyusun atur
Peraturan keselamatan dan tugas mengikut arahan guru
D
Menilai
Pelaksanaan sistem penyimpanan alatan tangan dan bahan









7. Mesin penyedut hampagas digunakan untuk

A membersihkan permukaan lantai dan permaidani
B membersihkan bahagian alatan yang berkarat
C menghembus keluar kotoran daripada alatan elektrik
D memadamkan punca api kebakaran yang kecil

8. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan tentang pengurusan alatan?

I Penyediaan alat pemadam api pada tempat yang mudah diperoleh
II Penggunaan mesin penyedut hampagas untuk membersih lantai
III Penyimpanan alatan pada panel alat dan rak alat
IV Penjagaan alatan supaya tidak mudah berkarat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV













Rajah 1

9. Apakah nama tempat menyimpan alatan tangan seperti rajah 1?

A Almari alat C Laci alat B Panel alat D Rak panel

10. Bagaimanakah cara alat pemadam api diletakkan di dalam bengkel?

A Diletakkan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai
B Diletakkan di dalam almari yang bercermin dan berkunci
C Diletakkan di dalam bilik khas yang berkunci dari luar
D Diletakkan di tempat yang mudah diperoleh dengan segera

11. Tujuan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di dalam bengkel adalah untuk

I memupuk hubungan mesra
II mengelakkan kemalangan diri
III meningkatkan daya
keintelektualan
IV mencegah kebakaran

A I sahaja
B I dan II
C II dan III
D II dan IV

12. Apakah butiran yang perlu dinyatakan dalam Buku Rekod Kemalangan dan Kecedaraan?

I Umur panjang
II Jenis kemalangan
III Rawatan
IV Tandatangan pelajar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV









13. Antara berikut, alatan manakah tidak disimpan di dalam laci?




















14. Apakah langkah seterusnya selepas membunyikan loceng amaran secara berterusan apabila kita ternampak punca api kebakaran?

A Melaporkan diri kepada guru, fomen, dan penolong fomen
B Mengosongkan bengkel dengan
segera secara teratur
C Menuju ke kawasan lapang untuk berhimpun
D Melakukan segera usaha awal dengan bantuan alat pemadam api













Rajah 2

15. Rajah 2 menunjukkan kaedah yang betul bagi

A menguji plag tiga pin
B memasang soket tiga pin
C menanggalkan plag tiga pin
D memutuskan litar elektrik











Rajah 3

16. Berdasarkan Rajah 3, bahagian kunci picu adalah bahagian yang bertanda

A P C R
B Q D S

17. Antara berikut, alat pemadam api yang manakah digunakan untuk memadamkan api kelas A?

A Alat pemadam api jenis air
B Alat pemadam api jenis buih
C Alat pemadam api jenis debu
kering
D Alat pemadam api jenis karbon dioksida

18. Antara pasangan berikut, yang manakah betul?


Kelas api kebakaran
Jenis bahan yang menjadi punca kebakaran
A
A
Tenaga elektrik
B
B
Petrol
C
C
Logam magnesium
D
E
Kayu

19. Amin ialah seorang pelajar yang mempelajari pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Amin dikatakan mengamalkan budaya kerja yang positif jika dia sentiasa

I menepati masa
II mengutamakan pelanggan
III mematuhi peraturan
IV mementingkan nilai keutuhan
hasil kerja

A I sahaja C II dan III
B I dan II D III dan IV

20. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

A Galakkan penggunaan alatan dan perkakas elektrik yang rosak
B Elakkan memakai gogal ketika menggunakan mesin gerudi
C Keringkan tangan sebelum mengendalikan alatan elektrik
D Bebankan beberapa perkakas elektrik pada satu soket tiga pin

21. Pekerjaan seseorang yang membeli sesuatu barang dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan ialah

A peniaga
B pengeluar
C pembekal
D ejen

22. Barang-barang mewah biasanya ialah barang-barang

I asas
II keperluan
III berharga
IV kehendak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


23. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan maksud perniagaan?

A Kegiatan memproses barang untuk menjadikan barang siap
B Kegiatan mencipta barang untuk mengeluarkan barang yang moden
C Kegiatan membeli dan menjual barang untuk mendapatkan keuntungan
D Kegiatan menggunakan barang untuk memperoleh kepuasan

24. Antara berikut, yang manakah merupakan keperluan manusia?

I Tempat tinggal
II Hiburan
III Makanan
IV Pakaian

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

25. Apakah yang mewujudkan sistem barter?

A Keperluan
B Kehendak
C Pembahagian kerja
D Pengeluaran lebihan

26. Bahan yang digunakan sebagai wang pada zaman dahulu mempunyai ciri-ciri berikut :

I tahan lama
II senang didapati
III mudah dibawa
IV nilainya mudah dibahagi

A I, II, dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27. Keadaan-keadaan berikut adalah masalah dalam sistem barter, kecuali

A sukar membahagikan barang yang hendak ditukar
B sukar mencari tempat untuk menjalankan aktiviti pertukaran
C sukar menentukan nilai barang yang hendak ditukar
D sukar mencari orang yang mempunyai kemahuran yang serentak

28. Maklumat yang boleh didapati daripada kad kredit adalah seperti berikut, kecuali

A tarikh laku
B nombor kad
C nama pemegang
D nombor pengenalan

29. Apakah kad yang membolehkan seseorang membayar apabila membeli sesuatu barang?

A Kad kredit
B Kad niaga
C Kad tunai
D Kad syarikat

30. Sistem barter adalah perniagaan

A tukar-menukar barang
B melibatkan pemborong
C membeli barang keperluan sahaja
D membekalkan barang kepada
pengguna

31. Apakah bentuk perniagaan di mana peniaga membeli daripada pemborong dan menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil?

A Import
B Barter
C Runcit
D Borong




32. Perniagaan dalam bentuk perkhidmatan termasuk aktiviti-aktiviti seperti

I agihan
II pembuatan
III pengeluaran
IV perlindungan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33. Sifat-sifat utama perniagaan kedai runcit ialah

I modalnya kecil
II mengamalkan perkhidmatan
layan diri
III memberi layan peribadi
IV dimiliki oleh perseorangan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34. Antara aktiviti berikut, yang manakah dilakukan oleh pemborong?

A Membeli secara pukal dan menjual dalam kuantiti yang kecil
B Menjual apabila kurang permintaan dan membeli apabila permintaan meningkat
C Menjual apabila hasil pengeluaran tinggi dan menyimpan apabila hasil pengeluaran rendah
D Membeli secara kredit dan menjual secara tunai

35. Koperasi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan melalui

A bank
B kerajaan
C ahli keluarga
D penjualan saham
36. Semua jenis milikan perniagan yang berikut adalah milikan tunggal, kecuali

A Kedai Kek Suzie
B Pusat Solek Minah dan Swee Lee
C Perniagaan Alat Ganti Sukma
D Restoran Kang Nam

37. Tujuan utama koperasi ditubuhkan ialah

A meningkatkan kuasa membeli ahlinya
B memberi dan menjaga kepentingan ahlinya
C memberi pengalaman perniagaan kepada ahlinya
D mendapatkan keuntungan yang maksimum untuk ahlinya

38. Antara bentuk perniagaan berikut, yang manakah mempunyai bilangan ahli seramai 50 orang?

I koperasi
II Perkongsian profesional
III Syarikat sendirian berhad
IV Syarikat awam berhad

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39. Perniagaan milikan tunggal “Restoran Kamunting Timur” boleh mendapatkan modal dengan cara berikut, kecuali

A simpan sendiri
B pinjaman daripada ahli keluarga
C sumbangan daripada rakan
kongsi
D pinjaman daripada institusi
kewangan

40. Faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesuatu barang dijual ialah

A banyaknya bekalan
B lokasi kedai yang strategik
C barang itu sesuai dan cantik
D terdapat permintaan terhadapnya
41. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh bakal peniaga sebelum memulakan perniagaan?

A Mendapatkan modal
B Membuat perancangan
C Mendaftar perniagaan
D Mendapatkan lesen

42. Perniagaan yang telah didaftarkan dan berpremis tetap perlu mempamerkan

A Borang A
B Borang B
C Borang P.N. A 42
D Lesen perniagaan

43. Pihak berkuasa yang akan memeriksa tempat perniagaan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan adalah seperti berikut, kecuali

A Kementerian Kesihatan
B Jabatan Bomba
C Jabatan Pendaftaran
Perniagaan
D Badan berkuasa tempatan

44. Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh badan-badan tertentu perlu diperbaharuai setiap

A 6 bulan
B 12 bulan
C 24 bulan
D 36 bulang

45. Antara tujuan borang-borang berikut, yang manakah benar?

A Borang P.N.A. - 42 mencatatkan butir-butir pemilik
B Borang b – mendaftar perniagaan
C Borang C – mendaftar nama perniagaan
D Borang D – memohon lesen perniagaan

46. Mengapakah Zulkifli perlu membuat perancangan sebelum memulakan perniagaan rotinya

A Mendapatkan lesen perniagaan
B Menentukan perniagaan akan
menguntungkan
C Memastikan rakan-rakan akan membeli rotinya
D Melengkapkan kedai dengan bahan mentah untuk membuat roti

47. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk pendaftaran sesuatu perniagaan perkongsian ialah

I mengisikan Borang A
II mengisikan Borang P.N.A 42
III mengisikan Borang D
IV membayar yuran pendaftaran

A I dan II
B I dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

48. Apakah erti stok bergerak perlahan?

A Stok yang banyak disimpan di dalam stor
B Stok yang sukar didapati
C Stok yang selalu dibeli oleh
pelanggan
D Stok yang jarang dibeli oleh pelanggan

49. Apakah yang biasa dilakukan oleh peniaga untuk menghabiskan stok yang kurang laris?

A Menjual dengan harga murah
B Memberi kepada orang miskin
C Membuang stok yang berlebihan
D Memberi sebagai hadiah







50. Apakah cara yang paling bijak bagi seseorang peniaga menguruskan wangnya?

A Memberi kredit kepada pelanggannya
B Menyimpan semua wang dalam bank atau institusi kewangan
C Membeli dan menjual barangan untuk mendapat keuntungan
D Membeli dan menyimpan stok yang berlebihan

51. Peniaga perlu sentiasa menyemak dan memeriksa stok barangnya supaya

A barangnya sentiasa melebihi keperluan
B barangnya sentiasa mencukupi
C barangnya disusun dengan
betul
D barangnya tidak dicuri oleh
pekerja

52. Peniaga yang cekap dalam pengurusan stoknya akan mendapatkan bekalan mengikut

A peraturan dan syarat
B cita rasa pengguna
C dasar kerajaan
D kekosongan stor

53. Peniaga perlu membayar upah yang setimpal dengan tugasan dan menyediakan tempat kerja yang selamat dan selesa kepada

A masyarakat
B pembekal
C pekerja
D pemborong






54. Antara etika perniagaan berikut, yang manakah perlu dilakukan?

A Melayan pelanggan mengikut pendapatan mereka
B Menginsurankan perniagaan
C Meletakkan tanda harga yang mengelirukan
D Membayar hutang apabila diminta sahaja

55. Apakah sikap-sikap yang perlu ada pada seseorang peniada?

I Amanah III Bersopan
II Jujur IV Cekap

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

56. Berikut adalah cara pengurusan wang yang baik, kecuali

A menyimpan rekod secara sistematik
B berjimat dan tidak membazir
C membeli untuk perniagaan dan
peribadi
D berbelanja mengikut keutamaan perniagaan

57. Kod etika amalan perniagaan diwujudkan untuk menjaga kebajikan

A kerajaan
B pengguna
C peniaga
D peniaga dan pengguna

58. Peniaga yang bertanggungjawab terhadap pelanggannya akan

A memberi perkhidmatan yang baik
B membekalkan barang secara
kredit
C Menjual barang pada harga yang
rendah
D mendapatkan keuntungan yang maksimum
59. Bilakah peniaga harus melayan pelanggannya?

A Semasa pelanggan hendak
keluar
B Ketika pelanggan sedang memilih barang
C Sebaik sahaja pelanggan masuk
D Ketika pelanggan meminta bantuan

60. Tindakan-tindakan berikut akan mengalakkan pelanggan berkunjung semula ke sesebuah kedai, kecuali

A mengucapkan terima kasih selepas selesai sesuatu urus niaga
B membenarkan pelanggan membuat pilihan sendiri
C pekedai mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan senyuman
D memberi layanan yang baik kepada pelanggan yang membeli dengan banyak sahaja

Thursday, August 13, 2009

Maklumat Untuk Pelajar

Pelajar boleh mendapatkan nota powerpoint berkenaan enjin dari link di bawah:
http://www.savefile.com/files/2179350

Wednesday, August 12, 2009

SELAMAT DATANG....


SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT KEMAHIRAN HIDUP MRSM GERIK...SEMOGA BLOG INI AKAN DAPAT MEMBANTU PARA PELAJAR MENDAPAT INFO TERKINI DARI UNIT KEMAHIRAN HIDUP...