Thursday, August 20, 2009

Nak Cuba Jawab Soalan ini? Ujilah minda anda

Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut.


1. Antara berikut, yang manakah Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

I Bengkel kerja paip
II Bengkel penulisan
III Bengkel jahitan
IV Bengkel enjin

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

2. Apakah tujuan mewujudkan suatu organisasi dan keselamatan dalam Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

A Bagi mengetahui cara menyediakan pelan kecemasan di dalam bengkel
B Bagi menitikberatkan keselamatan diri, alatan dan bengkel secara am
C Bagi memperoleh kemahiran menggunakan alat pemadam api
D Bagi mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan di dalam bengkel

3. Apakah yang dimaksudkan dengan struktur organisasi bengkel?

A Senarai nama pelajar mengikut tingkatan masing-masing
B Senarai tugas mengikut jenis tugas dan tanggungjawab
C Senarai alatan tangan mengikut lokasi dan kegunaan
D Senarai bahan dan aktiviti di dalam bengkel

4. Antara berikut, yang manakah jenis tugas di dalam bengkel?

I Menyapu lantai bengkel
II Membaiki penghawa dingin
III Menyusun alatan tangan
IV Menyelenggara litar elektrik
A I sahaja
B I dan III
C II dan IV
D II, III dan IV

5. Fungsi jadual kerja ialah

A memupuk sikap tanggungjawab dan bekerjasama
B memastikan semua ahli dapat bertugas mengikut giliran
C membekalkan maklumat kepada semua ahli
D memastikan semua ahli dapat mengamalkan nilai murni

6. Antara berikut, pasangan yang manakah betul?


Amalan
Keterangan tentang amalan
A
Membersih
Penjagaan kebersihan dari segi fizikal dan fikiran
B
Mendisiplin
Penilaian sendiri tentang diri dan tempat kerja
C
Menyusun atur
Peraturan keselamatan dan tugas mengikut arahan guru
D
Menilai
Pelaksanaan sistem penyimpanan alatan tangan dan bahan









7. Mesin penyedut hampagas digunakan untuk

A membersihkan permukaan lantai dan permaidani
B membersihkan bahagian alatan yang berkarat
C menghembus keluar kotoran daripada alatan elektrik
D memadamkan punca api kebakaran yang kecil

8. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan tentang pengurusan alatan?

I Penyediaan alat pemadam api pada tempat yang mudah diperoleh
II Penggunaan mesin penyedut hampagas untuk membersih lantai
III Penyimpanan alatan pada panel alat dan rak alat
IV Penjagaan alatan supaya tidak mudah berkarat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV













Rajah 1

9. Apakah nama tempat menyimpan alatan tangan seperti rajah 1?

A Almari alat C Laci alat B Panel alat D Rak panel

10. Bagaimanakah cara alat pemadam api diletakkan di dalam bengkel?

A Diletakkan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai
B Diletakkan di dalam almari yang bercermin dan berkunci
C Diletakkan di dalam bilik khas yang berkunci dari luar
D Diletakkan di tempat yang mudah diperoleh dengan segera

11. Tujuan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di dalam bengkel adalah untuk

I memupuk hubungan mesra
II mengelakkan kemalangan diri
III meningkatkan daya
keintelektualan
IV mencegah kebakaran

A I sahaja
B I dan II
C II dan III
D II dan IV

12. Apakah butiran yang perlu dinyatakan dalam Buku Rekod Kemalangan dan Kecedaraan?

I Umur panjang
II Jenis kemalangan
III Rawatan
IV Tandatangan pelajar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV









13. Antara berikut, alatan manakah tidak disimpan di dalam laci?




















14. Apakah langkah seterusnya selepas membunyikan loceng amaran secara berterusan apabila kita ternampak punca api kebakaran?

A Melaporkan diri kepada guru, fomen, dan penolong fomen
B Mengosongkan bengkel dengan
segera secara teratur
C Menuju ke kawasan lapang untuk berhimpun
D Melakukan segera usaha awal dengan bantuan alat pemadam api













Rajah 2

15. Rajah 2 menunjukkan kaedah yang betul bagi

A menguji plag tiga pin
B memasang soket tiga pin
C menanggalkan plag tiga pin
D memutuskan litar elektrik











Rajah 3

16. Berdasarkan Rajah 3, bahagian kunci picu adalah bahagian yang bertanda

A P C R
B Q D S

17. Antara berikut, alat pemadam api yang manakah digunakan untuk memadamkan api kelas A?

A Alat pemadam api jenis air
B Alat pemadam api jenis buih
C Alat pemadam api jenis debu
kering
D Alat pemadam api jenis karbon dioksida

18. Antara pasangan berikut, yang manakah betul?


Kelas api kebakaran
Jenis bahan yang menjadi punca kebakaran
A
A
Tenaga elektrik
B
B
Petrol
C
C
Logam magnesium
D
E
Kayu

19. Amin ialah seorang pelajar yang mempelajari pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Amin dikatakan mengamalkan budaya kerja yang positif jika dia sentiasa

I menepati masa
II mengutamakan pelanggan
III mematuhi peraturan
IV mementingkan nilai keutuhan
hasil kerja

A I sahaja C II dan III
B I dan II D III dan IV

20. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

A Galakkan penggunaan alatan dan perkakas elektrik yang rosak
B Elakkan memakai gogal ketika menggunakan mesin gerudi
C Keringkan tangan sebelum mengendalikan alatan elektrik
D Bebankan beberapa perkakas elektrik pada satu soket tiga pin

21. Pekerjaan seseorang yang membeli sesuatu barang dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan ialah

A peniaga
B pengeluar
C pembekal
D ejen

22. Barang-barang mewah biasanya ialah barang-barang

I asas
II keperluan
III berharga
IV kehendak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV


23. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan maksud perniagaan?

A Kegiatan memproses barang untuk menjadikan barang siap
B Kegiatan mencipta barang untuk mengeluarkan barang yang moden
C Kegiatan membeli dan menjual barang untuk mendapatkan keuntungan
D Kegiatan menggunakan barang untuk memperoleh kepuasan

24. Antara berikut, yang manakah merupakan keperluan manusia?

I Tempat tinggal
II Hiburan
III Makanan
IV Pakaian

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

25. Apakah yang mewujudkan sistem barter?

A Keperluan
B Kehendak
C Pembahagian kerja
D Pengeluaran lebihan

26. Bahan yang digunakan sebagai wang pada zaman dahulu mempunyai ciri-ciri berikut :

I tahan lama
II senang didapati
III mudah dibawa
IV nilainya mudah dibahagi

A I, II, dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27. Keadaan-keadaan berikut adalah masalah dalam sistem barter, kecuali

A sukar membahagikan barang yang hendak ditukar
B sukar mencari tempat untuk menjalankan aktiviti pertukaran
C sukar menentukan nilai barang yang hendak ditukar
D sukar mencari orang yang mempunyai kemahuran yang serentak

28. Maklumat yang boleh didapati daripada kad kredit adalah seperti berikut, kecuali

A tarikh laku
B nombor kad
C nama pemegang
D nombor pengenalan

29. Apakah kad yang membolehkan seseorang membayar apabila membeli sesuatu barang?

A Kad kredit
B Kad niaga
C Kad tunai
D Kad syarikat

30. Sistem barter adalah perniagaan

A tukar-menukar barang
B melibatkan pemborong
C membeli barang keperluan sahaja
D membekalkan barang kepada
pengguna

31. Apakah bentuk perniagaan di mana peniaga membeli daripada pemborong dan menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil?

A Import
B Barter
C Runcit
D Borong




32. Perniagaan dalam bentuk perkhidmatan termasuk aktiviti-aktiviti seperti

I agihan
II pembuatan
III pengeluaran
IV perlindungan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33. Sifat-sifat utama perniagaan kedai runcit ialah

I modalnya kecil
II mengamalkan perkhidmatan
layan diri
III memberi layan peribadi
IV dimiliki oleh perseorangan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

34. Antara aktiviti berikut, yang manakah dilakukan oleh pemborong?

A Membeli secara pukal dan menjual dalam kuantiti yang kecil
B Menjual apabila kurang permintaan dan membeli apabila permintaan meningkat
C Menjual apabila hasil pengeluaran tinggi dan menyimpan apabila hasil pengeluaran rendah
D Membeli secara kredit dan menjual secara tunai

35. Koperasi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan melalui

A bank
B kerajaan
C ahli keluarga
D penjualan saham
36. Semua jenis milikan perniagan yang berikut adalah milikan tunggal, kecuali

A Kedai Kek Suzie
B Pusat Solek Minah dan Swee Lee
C Perniagaan Alat Ganti Sukma
D Restoran Kang Nam

37. Tujuan utama koperasi ditubuhkan ialah

A meningkatkan kuasa membeli ahlinya
B memberi dan menjaga kepentingan ahlinya
C memberi pengalaman perniagaan kepada ahlinya
D mendapatkan keuntungan yang maksimum untuk ahlinya

38. Antara bentuk perniagaan berikut, yang manakah mempunyai bilangan ahli seramai 50 orang?

I koperasi
II Perkongsian profesional
III Syarikat sendirian berhad
IV Syarikat awam berhad

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39. Perniagaan milikan tunggal “Restoran Kamunting Timur” boleh mendapatkan modal dengan cara berikut, kecuali

A simpan sendiri
B pinjaman daripada ahli keluarga
C sumbangan daripada rakan
kongsi
D pinjaman daripada institusi
kewangan

40. Faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesuatu barang dijual ialah

A banyaknya bekalan
B lokasi kedai yang strategik
C barang itu sesuai dan cantik
D terdapat permintaan terhadapnya
41. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh bakal peniaga sebelum memulakan perniagaan?

A Mendapatkan modal
B Membuat perancangan
C Mendaftar perniagaan
D Mendapatkan lesen

42. Perniagaan yang telah didaftarkan dan berpremis tetap perlu mempamerkan

A Borang A
B Borang B
C Borang P.N. A 42
D Lesen perniagaan

43. Pihak berkuasa yang akan memeriksa tempat perniagaan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan adalah seperti berikut, kecuali

A Kementerian Kesihatan
B Jabatan Bomba
C Jabatan Pendaftaran
Perniagaan
D Badan berkuasa tempatan

44. Lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh badan-badan tertentu perlu diperbaharuai setiap

A 6 bulan
B 12 bulan
C 24 bulan
D 36 bulang

45. Antara tujuan borang-borang berikut, yang manakah benar?

A Borang P.N.A. - 42 mencatatkan butir-butir pemilik
B Borang b – mendaftar perniagaan
C Borang C – mendaftar nama perniagaan
D Borang D – memohon lesen perniagaan

46. Mengapakah Zulkifli perlu membuat perancangan sebelum memulakan perniagaan rotinya

A Mendapatkan lesen perniagaan
B Menentukan perniagaan akan
menguntungkan
C Memastikan rakan-rakan akan membeli rotinya
D Melengkapkan kedai dengan bahan mentah untuk membuat roti

47. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk pendaftaran sesuatu perniagaan perkongsian ialah

I mengisikan Borang A
II mengisikan Borang P.N.A 42
III mengisikan Borang D
IV membayar yuran pendaftaran

A I dan II
B I dan IV
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

48. Apakah erti stok bergerak perlahan?

A Stok yang banyak disimpan di dalam stor
B Stok yang sukar didapati
C Stok yang selalu dibeli oleh
pelanggan
D Stok yang jarang dibeli oleh pelanggan

49. Apakah yang biasa dilakukan oleh peniaga untuk menghabiskan stok yang kurang laris?

A Menjual dengan harga murah
B Memberi kepada orang miskin
C Membuang stok yang berlebihan
D Memberi sebagai hadiah







50. Apakah cara yang paling bijak bagi seseorang peniaga menguruskan wangnya?

A Memberi kredit kepada pelanggannya
B Menyimpan semua wang dalam bank atau institusi kewangan
C Membeli dan menjual barangan untuk mendapat keuntungan
D Membeli dan menyimpan stok yang berlebihan

51. Peniaga perlu sentiasa menyemak dan memeriksa stok barangnya supaya

A barangnya sentiasa melebihi keperluan
B barangnya sentiasa mencukupi
C barangnya disusun dengan
betul
D barangnya tidak dicuri oleh
pekerja

52. Peniaga yang cekap dalam pengurusan stoknya akan mendapatkan bekalan mengikut

A peraturan dan syarat
B cita rasa pengguna
C dasar kerajaan
D kekosongan stor

53. Peniaga perlu membayar upah yang setimpal dengan tugasan dan menyediakan tempat kerja yang selamat dan selesa kepada

A masyarakat
B pembekal
C pekerja
D pemborong






54. Antara etika perniagaan berikut, yang manakah perlu dilakukan?

A Melayan pelanggan mengikut pendapatan mereka
B Menginsurankan perniagaan
C Meletakkan tanda harga yang mengelirukan
D Membayar hutang apabila diminta sahaja

55. Apakah sikap-sikap yang perlu ada pada seseorang peniada?

I Amanah III Bersopan
II Jujur IV Cekap

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

56. Berikut adalah cara pengurusan wang yang baik, kecuali

A menyimpan rekod secara sistematik
B berjimat dan tidak membazir
C membeli untuk perniagaan dan
peribadi
D berbelanja mengikut keutamaan perniagaan

57. Kod etika amalan perniagaan diwujudkan untuk menjaga kebajikan

A kerajaan
B pengguna
C peniaga
D peniaga dan pengguna

58. Peniaga yang bertanggungjawab terhadap pelanggannya akan

A memberi perkhidmatan yang baik
B membekalkan barang secara
kredit
C Menjual barang pada harga yang
rendah
D mendapatkan keuntungan yang maksimum
59. Bilakah peniaga harus melayan pelanggannya?

A Semasa pelanggan hendak
keluar
B Ketika pelanggan sedang memilih barang
C Sebaik sahaja pelanggan masuk
D Ketika pelanggan meminta bantuan

60. Tindakan-tindakan berikut akan mengalakkan pelanggan berkunjung semula ke sesebuah kedai, kecuali

A mengucapkan terima kasih selepas selesai sesuatu urus niaga
B membenarkan pelanggan membuat pilihan sendiri
C pekedai mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan senyuman
D memberi layanan yang baik kepada pelanggan yang membeli dengan banyak sahaja

No comments:

Post a Comment